KUALA LUMPUR: Projek menara Merdeka 118 PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV) melakar sejarah apabila dianugerahkan pensijilan Platinum Kepimpinan dalam Tenaga dan Rekabentuk Alam Sekitar (LEED) dalam sistem penarafan Teras dan Shell LEED v2009.
PNBMV ialah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Dalam satu kenyataan hari ini, PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED, yang ditubuhkan oleh Majlis Bangunan Hijau Amerika Syarikat (USGBC).
Ketua Pegawai Eksekutif Tengku Datuk Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata pensijilan Platinum LEED menandakan pencapaian besar pertama dalam perjalanan Merdeka 118 untuk menjadi bangunan mega tinggi pertama di Malaysia yang memperoleh penarafan platinum tiga-hijau.
"Apabila menara Merdeka 118 menerima kesemua pensijilan platinumnya nanti, ia akan menetapkan standard kelestarian tertinggi bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa, mengukuhkan lagi statusnya yang ikonik," katanya.
Beliau berkata USGBC menilai projek Merdeka 118 dalam bidang kelestarian tapak, kecekapan penggunaan air, tenaga dan atmosfera, bahan dan sumber, kualiti persekitaran dalaman, dan inovasi dalam reka bentuk.
"Kredit juga diberikan kepada landskap yang cekap air, pengurangan penggunaan air, prestasi tenaga yang dioptimumkan dan peningkatan penyelarasan.
"Pengiktirafan yang selayaknya ini adalah bukti dedikasi dan kerja keras pasukan kami sertapenggunaan amalan terbaik dalam reka bentuk dan pembinaan," katanya.
Menurut PNBMV Merdeka 118 sedang menyasarkan pensijilan Platinum dari Green Real Estate (GreenRE) dan Green Building Index (GBI).
Ia juga bakal mendapatkan pensijilan WELL daripada International WELL Building Institute Asia Pacific, menyokong kesejahteraan para penyewa dan komuniti di sekitarnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED. - Gambar fail
Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
[INFOGRAFIK] Statistik Guna Tenaga 2024
Berikut adalah info nerkenaan dengan Statistik Guna Tenaga bagi tahun 2024.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Siti Nurul Masyitah terlepas peluang ke kejohanan dunia
Timbalan Menteri Belia & Sukan, Adam Adli memaklumkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah yang dilanggar pemandu mabuk, terlepas peluang ke Kejohanan Dunia Perahu Naga di Filipina November depan.
Pantau Belanjawan: Akta - Kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah dilindungi?
Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. Apakah realiti sektor hartanah di Malaysia dan bagaimana pelaksanaan Akta ini dapat melindungi kepentingan pembeli, pemaju dan pemilik tanah? Kupasan lanjut bersama Pengasas Pejuang Hartanah, Ahyat Ishak.
Representasi 'Inspektor Sheila" batal pertuduhan sebabkan kegusaran awam ditolak
Representasi dikemukakan 'Inspektor Sheila' bagi membatalkan pertuduhan menyebabkan kegusaran awam ditolak pihak pendakwaan.
Laporan KRI: Purata gaji rakyat Malaysia hanya naik RM56 setahun antara 2010-2019
Pasaran buruh Malaysia menunjukkan corak struktur pertumbuhan gaji jelas ditindas tanpa campur tangan dasar yang kukuh.
AWANI Ringkas: Pesawat Garuda mendarat cemas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
China mempunyai kapal perang direka khusus angkut dron
Rekod negara pertama yang mempunyai kapal yang direka khusus untuk dron dipegang oleh China.
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
SIRIM memperkasa industri EV menerusi pensijilan stesen pengecas
SIRIM QAS International mempunyai program pensijilan yang penting dalam mewujudkan dan membangunkan industri EV, memastikan keselamatan dan operasi stesen pengecasan.
Pensijilan MSPO Malaysia diiktiraf global, setanding RSPO - Fadillah
Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sentiasa mendapat pengiktirafan global dan dianggap setanding dengan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO).
Vaksin COVID-19: UK bincang isu pensijilan bagi tujuan pengembaraan
Beberapa negara telah mengemukakan idea ini untuk dilaksanakan bagi memastikan mereka yang sudah menerima vaksin dibenarkan untuk mengembara.
Hospital kerajaan di Selangor peroleh sijil HACCP dan GMP
HACCP dan GMP merupakan sistem jaminan keselamatan makanan yang memenuhi keperluan dan kehendak global dalam isu keselamatan makanan.
Perdana Menteri umum dua program penanda aras untuk usahawan sosial
Ia melibatkan program pensijilan keusahawanan sosial dan insentif pemerolehan sosial.
Johor tawar pensijilan halal kepada syarikat Jepun
Kerajaan negeri akan sediakan kepakaran dalam pensijilan halal, dan pada masa yang sama menjejaki peluang industri pasaran halal yang lebih luas di Jepun.
Rumah sembelihan ayam di Tronoh tidak patuh syarat sijil halal - Audit
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 mendapati pengusaha rumah sembelihan ayam di Pusing, Tronoh tidak mematuhi beberapa syarat pensijilan halal yang ditetapkan.
Malaysia rancang jenama semula minyak sawit dengan skim pensijilan
Malaysia merancang melaksanakan penjenamaan semula minyak sawit dengan prospek mewujudkan skim pensijilan sendiri.